Langkau ke kandungan

Surau Al-Ittihadiah Terima Sumbangan Karpet Baharu dari Ahli Jemaah

Setiausaha Surau

Surau Al-Ittihadiah Taman Melur, Ampang dengan penuh rasa syukur mengumumkan penerimaan sumbangan satu set karpet baharu bernilai RM8,000 daripada seorang dermawan yang tidak mahu namanya didedahkan.

Karpet berkualiti tinggi bercorak geometrik Islam ini telah dipasang pada minggu lalu dan kini menambahkan keindahan serta keselesaan ruang solat utama yang mampu menampung lebih 300 jemaah.

Jawatankuasa surau merakamkan jutaan terima kasih kepada dermawan berkenaan. Semoga Allah SWT membalas jasa baik beliau dengan pahala yang berlipat ganda. Ameen.

Kembali